Saturday, March 19, 2011

SiNgA JaDi KaMbiNg?

teringat cter ustaz dulu. kisah singa yg dijaga oleh kambing. klaka gak cter dye tp mmbawa mkna yg sngat mendalam.

Suatu hari, sang singa dan anaknye yg baru lahir berjalan dihutan untuk mncari mkanan. tiba2 seorang pemburu yg sedang berburu ternampak sang singa tersebut. pemburu tersebut ketakutan lalu dgn pantas dye mnembak sang singa tersebut lalu melarikan diri. anak singa yg masih tidak tau apa2 itu pon terpusing-pusing dgn blurr.
Tiba2, lalulah sang kambing dan anaknya.

"ibu, kesian anak singa 2, ibu dye dh mati. apakata ibu jdkan dye anak angkat." anak kambing menyuarakan pendapat.

"mne boleh anakku, kte kn kambing, dye singa, bagaimana klau dye mkan kte?"kata sang kambing

"mne mungkin dye akan makan kte ibu, dye blom sempat blaja ape2 lagi" dengan petah ank kambing mnjawab

setelah di +-x / sang kambing pon bersetuju dgn cdangan ank ksayangannye,
,lalu dijaga anak singa itu seperti anaknya sendiri.

Hari demi hari berlalu hingga tidak sedar anak singa itu semakin membesar dalam jagaan si ibu kambing. kawan sepermainan juga dari warga kambing. Namun,rupanya gah seperti singa yang menjadi raja rimba namun ada sesuatu yang tidak kena, apakah dia?
Suatu hari, seekor singa dapat mengepung sekumpulan kambing yang sedang mencari makanan untuk dimakan. Dalam sekumpulan kambing itu terdapat anak singa tersebut. Lalu ibu kambing itu menyuruh anak kambing tersebut melawan singa tersebut. Kerana ingin membalas jasa sang ibu yang menjaganya,maka keluarlah anak singa tersebut cuba menyelamatkan keluarga angkatnya.


Apa yang terjadi?


Singa tersebut terkejut apabila terpandangkan seekor anak singa yang keluar dari celah-celah kumpulan kambing tersebut.Hatinya tertanya-tanya, apa yang dibuat oleh anak singa tersebut?


Tiba2, anak singa itu keluar, lalu cuba melawan singa tersebut. Dia mengaum sekuat hatinya tapi sayang yang keluar hanyalah...


Emmmmbeeekkk..emmmmbekkkk


Eh, kenapa anak singa itu tidak boleh mengaum,tetapi mengembek? Singa yang cuba mahu dilawan itu terkejut bukan kepalang. Lalu berkata dia kepada anak singa tersebut,


"Kau memalukan warga diraja rimba sahaja, berkelakuan seperti kambing malahan tidak pandai pula mengaum hebat dan gerun seperti aku."
"Siapa kata aku adalah keturunan kau? Ini ibu aku, aku dari kalangan mereka," jawab si anak singa sambil menunjuk kepada si ibu kambing.

"Ah,kalau kau tak percaya, mari sini aku tunjukkan pada kau siapa dirimu yang sebenarnya," balas sang singa pula.

Lalu dibawa anak singa itu ke sebuah sungai. Ditunjukkan pada anak singa itu wajahnya yang sebenar.

"Nah,lihat muka kau,bukankah sama dengan aku? Tidak sama langsung dengan ibu kau. Bagaimana kau boleh mengatakan bahawa kau adalah dari golongan mereka?" kata sang singa

"Benar,rupanya aku adalah seekor singa,keturunan warga diraja rimba. Aku bukanlah seekor kambing rupanya."

Setelah menyedari hakikat tersebut, maka tinggallah si anak singa bersama kumpulannya kembali dan menjadi anak singa yang hebat dan pastinya boleh mengaum bukan mengembek lagi.

Kesimpulan yg dpt dibuat sngt simple.
orang disekeliling kte mempengaruhi kehidupan kte. mcm jgak si singa, apabila dye dh berkumpul dgn kumpuln kmbing cara hidup dye pon brubh mnjd kambing. begitu juga mannusia apbila berkawan dgn org yg baik kte akan mnjadi baik, apabila berkawan dgn org yg buruk akhlaknya, kte juga ak mnjadi buruk.
jadi ambillah ksempatan untuk mmilih shabat yg benar2 baik, smoga kte mnjadi org yg dikasihi Allah, Rasul, Ibu Bapa, serta semua insan.
amiin.....

No comments:

Post a Comment