Saturday, September 22, 2012

PeNcInTa SebEnAr...:')

Assalamualaikum...:-)

        Dia remaja perempuan biasa. ibu bapanya mendidik dgn cukup baik. bukti kasih sayang ibubapanya ialah apabila mereka memberikan Ilmu agam yang cukup. walaupun ibubapanya bukanlah ustaz mahupun ustazah. namun ilmu agama diterapkan dalam jiwa anak-anak. Dia selalu diajak ke masjid, solat jemaah, dengar majlis ilmu dimasjid mahupun di televisyen. Dia terasa hidupnya sungguh indah. jiwanya terlalu tenang dgn kehidupan begitu.

         Dia bukan manusia sempurna. sedangkan manusia yg sempurna(Rasulullah) pun diuji. inikan lagi dirinya yg rapuh. Dia diuji oleh Allah dgn menghantar seseorang ke dalam hidupnya. Sebagai seorang remaja, Dia juga mempunyai sikap ingin mencuba.  jejaka itu menjanjikan seribu satu kata-kata manis, pujian yg mencairkan hati wanitanya. Dia tahu apa yg dilakukannya adalah salah di mata Allah. Dia sudah belajar semua itu melalui majlis2 ilmu yg dihadirinya. namun nafsu menguasai dirinya. Syaitan pernah berjanji kepada Allah yg dia akan menghancurkan seluruh anak Adam walau dgn apa cara sekalipun. semakin kuat iman seseorang semakin banyak ujian akan dilalui.

       Hari demi hari berlalu. Dia semakin hanyut dgn perasaan cintanya. jejaka itu sebebasnya menyentuh tubuhnya. Dia tidak mampu menolaknya walau hatinya menyatakan Tidak rela kerana Dia tahu itu semua berdosa. hatinya begitu resah, sakit, dan langsung tidak pernah tenang.  ibubapanya selalu ditipu demi mengikuti kehendak nafsunya. Namun begitu Dia tidak pula meninggalkan solatnya. Mungkin Dia hanyut dgn kehendak nafsu kerana solatnya juga tidak sempurna. setiap  kali solat wajah si jejaka akan muncul di setiap rakaat. Dia berdoa setiap hari agar diberi petunjuk, dalam masa yg sama maksiat juga dilakukan.

     Hinggakan satu hari Dia begitu yakin si jejaka adalah jodohnya. Dia solat istikharah. malam itu Dia tertidur dan malam itu juga Dia bermimpi bahawa lelaki itu bukan jodohnya. semua keluarga menghalang hubungan Dia dan si jejaka di dalam mimpinya itu.

      Dia mula menjauhi si jejaka. air mata palsu si jejaka hampir membuatkannya terjatuh kembali ke lembah kemaksiatan. namun Dia melawan nafsunya itu. hatinya terluka sekali kerana menahan kesakitan merindu. apa yang Dia boleh lakukan? Dia tidak mahu bercerita kpd sesiapapun kerana sudah pasti maruahnya akn jatuh. rahsianya akan terbongkar, dan masalahnya tidak akn selesai malah bertambah. Jadi Dia mengambil keputusan terbaik....... setiap hari Dia menangis dihadapan Allah. Dia mengadu tentang kerinduannya. Dia tidak sedar langsung bahawa Dia sedang mengadu kepada PENCINTA sebenar.

       Dia lalui harinya tanpa si jejaka. kini Dia sedar bahawa hidupnya lebih tenang sebelum kenal dgn si jejaka. Dia begitu rindukan kehidupannya yg dahulu. Akhirnya Dia tersedar si jejaka hanya mempermainkannya. pada saat ini terasa seperti dia mahu mangucapkan 'terima kasih' kepada jejaka itu kerana membenarkan pemergiannya walaupun si jejaka pernah menghinanya semasa Dia memberitahu hasrat ingin meninggalkan si jejaka. kerana ujian ini Dia semakin dekat dgn Allah. Malah lebih beriman dr dulu. Dia baru tersedar tiada yang lebih indah melainkan mengamalkan ajaran agama. ujian itu semakin menguatkan dirinya untuk berjihad melawan nafsu. kini Dia setia pada satu cinta yang tidak pernah sekali pun meninggalkannya walaupun Dia mencintai yg lain. Cinta yang membuat dirinya begitu tenang. Cinta yang setia mendengar luahan hatinya. Cinta yang menyelesaikan segala masalahnya. dan Cinta itu adalah Cinta kepada ALLAH yang esa.