Thursday, March 17, 2011

MeNeGuR DgN DiPLOmAsI DaN SaBaR

Dalam sebuah hadith yang panjang disebutJanganlah kamu tidak memperkatakan kebenaran disebabkan kamu takut kepada manusia. Sebesar-besar jihad adalah berkata benar di sisi pemimpin yang zalim”.
Menegur Mengikut Kemampuan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, apabila tidak mampu dengan lidahnya dan apabila tidak mampu dengan hatinya. Demikian itu adalah selemah-lemah iman”.(Muslim)
Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w.
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata benar atau diam.” (Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari).
Mengubah dengan tangan bermaksud menggunakan kekuasaan yang dimiliki untuk mengubah kemungkaran. Mengubah dengan lidah ialah secara nasihat. Walaupun nasihat tidak diikuti, sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab itu. Selemah-lemah iman ialah benci, lahirkanlah kebencian walaupun cuma dalam hati.
Dalam hadith yang lain, sesiapa yang berada di hadapan maksiat tapi dia tidak redha dengan maksiat itu, (misalnya terpaksa menghadiri urusan kerja yang diadakan majlis tari-menari) maka dia dikira tidak hadir dan tidak berdosa. Sebaliknya, siapa yang tidak berada depan maksiat, tapi dia suka dengan maksiat itu, maka berdosalah dia walaupun dia cuma menontonnya melalui televisyen.

Diplomasi Dalam Menegur

Diceritakan cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu Rasulullah s.a.w. itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan berkata,”Kamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betul”. Dalam hatinya beliau berkata “cara aku yang salah rupa-rupanya”.

Sabar Dalam Menegur

Dalam berpesan-pesan tentang kebenaran, kita perlu sabar dengan kemarahan atau godaan. Ada orang yang akan marah atau tidak suka dengan nasihat kita.
Al-Asr [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

No comments:

Post a Comment