Saturday, April 16, 2011

Terima Kasih Ya Allah ;(

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214 yang maksudnya:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
,
di zaman persekolahan dahulu, semasa tingkatan 3 ak menghadapi pelbagai ujian yang sangat berat. ak masih ingt betapa sukarnya kehidupan ak pada waktu itu. tp ak masih ingt pesan ibuku. "susah-susah kte,masih ada yg lagi susah nak...bersabarlah...sesungguhnya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya".
Dari hari itu, ak sentiasa ingt pesan ibuku dan ak percaya. Akhirnya ibuku berjaya buktikan bahawa kata2 ibuku adalah benar. Setiap ujian aku hadapi dgn penuh ketabahan. Ya! Allah hadiahkan ak kemenangan dalam hidup. 
Terima Kasih Allah.

Hari demi hari berlalu, Allah menguji ak lagi..semasa PMR, ak x dpt mengulangkaji pelajaran kerana setiap malam ak membantu ibuku berniaga. ak cemburu sangat dgn kawan2 ku yg lain. mereka hanya duduk di rumah dan belajar sedangkan ak sebaliknya. ibuku berpesan lagi "Sabarlah anakku, klau kau redha tolong ibu, pasti Allah juga redha untuk membantumu nanti"ibu terus memujuk. aku hadapi waktu itu dgn kesabaran lagi. Ya! Allah hadiahkan aku keputusan yg cemerlang lagi.
Terima Kasih Ya Allah.

Aku hadapi lagi ujian apabila abgku ditimpa kemalangan ditempat kerja. 3 jarinya terpaksa di potong, kesedihan melanda keluargaku kerana abgku seorang yg bertanggungjawab. Seorang yg sanggup mengorbankan usia remajanya demi keluarga. aku terdengar ibu berkata pada abgku "Bersabarlah along, sesungguhnya kau masih beruntung, masih ramai lagi yg khilangan aggota badan mereka, sekarang ni kau hadapi musibah, Allah akan hadiah kan kau kesenangan.. bersyukurlah kerana Allah memberikan kau nikmat hidup" Ya, benar kata ibuku, Allah berikan rezeki kpd abgku apabila abgku menerima pampasan dari tempat kerjanya.
Terima Kasih Ya Allah.

Suatu saat Allah menguji aku lagi, kali ini ak merasakan ujian 2 cukup berat. Allah telah mengambil semula pemberiannya iaitu ayahku. kali ini kesedihan melanda cukup perit aku rasa. apabila kawan-kawanku berkata tentang ayah mereka, ak cemburu sngat walaupon dbibir ak terukit senyuman, tetapi mereka x tau dhati ini menangis beresakan. ibuku berkata "Redhalah atas pemergian ayahmu itu, kau jadilah anak yg soleh dan solehah. Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W telah bersabda:apabila telah mati anak adam itu,maka terhentilah amalannya kecuali 3 perkara , Sedekah yang berjalan terus(amal jariah), Ilmu yang berguna dan diamalkan,
  Anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya. setiap hari aku doakan agar dosa ayahku diampunkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayah ku.
Sewaktu di dlm kesedihan itu, Allah menghantarkan aku seseorang utk mengubat kesedihan aku. Dia adalah sahabat ku.
Terima Kasih Ya Allah.

Hubungan persahabatan kami mmg pelik. Kami x pernah bersembang, tp kami adalah sahabat. Dia x pernah kedekut utk beri sedekah. 
Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Dia x kedekut utk bg senyuman yg ikhlas. Suatu hari, ak trdgr berita bahawa dia dh meninggal. saat itu, ak bagai ditikam. "Ya Allah, knpa kau ambil dia?sdgkan dia terlalu baik.." astaghfirullahalazim...apa dh jd dgn ak ni? ak seakan-akan mnyalahkn takdir. aku terlupa...Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Mati. Terima kasih iman kerana dh mngingatkan. klau x de iman pasti aku akn lakukan perkara yg mndatangkan kemurkaan Allah. Nauzubillah. Ya Allah, ak rindu dia..kau ampunkanlah segalanya..tempatkan dia dkalangan org2 yg soleh. Saat kau menarik segala pemberianmu, ak tahu kau hanya ingin menguji kesabaran hambamu ini kerana sygkan aku. Walaupun aku hilang semua cinta, tp ak tahu, ada satu cinta yg ak x boleh hidup tanpa cinta itu, iaitu cinta kepadamu,
Terima Kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment